Rakan Muda Ipoh Barat ( RMIB )

KRITERIA UNTUK MENJADI AHLI

Kad Rakan Muda Klasik

Ahli yang memohon untuk kali pertama akan menerima kad keahlian Rakan Muda Klasik.

Warganegara Malaysia. Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja. Kelebihan :

Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas.

KRITERIA UNTUK MENJADI AHLI

Kad Rakan Muda Emas

Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :-

Warganegara Malaysia.

Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja. Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan. Telah menyertai 10 dan lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda. Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Perak.

Kelebihan :

Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian. Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah. Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa. Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan. Baucer dan promosi / pakej istimewa. Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta.

KRITERIA UNTUK MENJADI AHLI

Kad Rakan Muda Platinum

Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :-

Warganegara Malaysia. Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja. Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan. Telah menyertai 20 atau lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti Rakan Masyarakat. Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Emas. Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang diiktiraf berjasa dan memberikan sumbangan besar kepada negara.

Kelebihan :

Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian. Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah. Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa. Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta Jemputan khas / istimewa ke seminar, majlis makan malam, bengkel, pertunjukan. Kelayakan menerima kemudahan pinjaman / biasiswa bagi ahli yang ingin menyambung pelajaran ke IPT. Peluang meyertai aktiviti / program lawatan ke luar negeri Anjuran Bahagian Rakan Muda.

Untuk mendapatkan borang berserta kad rakan muda sila hubungi :-

Irwan Shah Bin Ishak ( Chello ) 013-4150688 (Pengerusi Kelab Rakan Muda Ipoh Barat)

Muhammad Sahiz Bin Jaafar (Cha_Air) 019-5633300@012-5148445 (Setiausaha Kelab Rakan Muda Ipoh Barat)

Thursday, December 17, 2009

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kelab Rakan Muda Ipoh Barat.














Rakan Muda masih aktif: Irwan Shah
Ipoh-Program Rakan Muda yang diperkenalkan sejak 1995,dipersoalkan banyak pihak berikutan keadaan timbul tenggelam aktiviti dijalankan di sebuah kawasan.

Malahan ada yang berpendapat ia seolah-olah nyawa-nyawa ikan dan menunggu masa sahaja akan tenggelam setelah wujudnya Program Khidmat Negara yang hampir sama matlamatnya bagi membendung masalah sosial.
Namun tanggapan itu ditolak secara keras oleh
Pengerusi Kelab Rakan Muda Ipoh Barat,Irwan Shah Bin Ishak dan menyatakan Rakan Muda masih berfungsi sebagai sebuah ejen perubahan kepada golongan muda.
Menurutnya,Rakan Muda mampu menjadi pemangkin kepada perubahan jika ia dihayati sepenuhnya oleh gologan sasar dan penambahbaikan terhadap kelemahan yang ada.
' Masyarakat sering tersalah anggap mengenai Rakan Muda kerana sepatutnya bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli,mereka perlu masuk ke dalam kelab berdekatan dengan mereka bagi mengetahuai aktiviti yang akan diadakan.

‘ Sikap acuh tak acuh ahli menyebabkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa perlahan-lahan akan terus meninggalkan kelab itu walhal mereka sudah dibukakan jalan untuk memperbaiki diri ,” katanya.

Irwan berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kelab Rakan Muda Ipoh Barat.

Rakan Muda merangkumi 10 perkara utama yang diperkenalkan secara berperingkat dan ia memberi peluang kepda peserta memilih satu atau lebih gaya hidup yang sesuai dengan cita rasa mereka.

Mengulas lanjut,dia berkata, kelab Rakan Muda haruslah sentiasa aktif dalam melakukan aktiviti berfaedah sama ada melibatkan ahli ataupun masyarakat setempat.

‘Alhamdulillah,bagi menyeru seruan kerajaan untuk memperkasakan lagi Rakan Muda,kami sentiasa aktif dalam melakukan aktiviti yang memberi manfaat dan pada hari ini kami berkesempatan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
‘Majlis ini juga turut sama meraikan anak yatim dari Rumah Anak Yatim Hawa Kinta dalam suasana yang meriah dan kami bersyukur segala-galanya berjalan dengan lancar,’katanya.



Katanya,majlis itu juga bertujuan bagi merapatkan hubungan antara ahli dan mengeratkan lagi silaturahim antara mereka dan rumah anak yatim terbabit.

‘kita harapkan dengan adanya majlis seumpama ini,ahli akan terus bersatu padu dan ikatan kekeluargaan akan terus terjalin demi membina kelompok Masyarat yang mampu memimpin negara pada masa akan ,’katanya.














Berdiri Dari Kiri Gambar : Nor Najaasiah Bt Mohd Dawam, Ahmad Yusup Bin Che Rus, Irwan Shah Bin Ishak, Dato Abdul Ghani Bin Ngah, Dato Shamsuddin Bin Abdul Ghaffar, Ishak Bin Dato Ismail

Kelab Rakan Muda Ipoh Barat komited meneruskan kerja amal mereka apabila berjaya menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, kelab terbabit turut meraikan anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Hawa Kinta.Majlis ini antara aktiviti tahunan kelab terbabit khusus untuk merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli disamping tidak melupakan anak-anak yatim dalam menyambut kemeriahan aidilfitri.

Turut hadir sama,Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin ABD Ghaffar dan Presiden Dewan Industri Buku Melayu Malaysia merangkap Timbalan Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam (Jam’iyah) Perak,Datuk Abdul Ghani Ngah.













Jawatankuasa Penganjur tidak melepaskan peluang bergambar bersama dengan anak-anak yatim dan tetamu jemputan selepas tamat majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim disini.


























Sebahagian ahli kelab Rakan Muda Ipoh Barat yang hadir pada majlis tersebut.

2 comments:

  1. taniah rakan muda kerana berjaya menjayakan program ini

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberi komen..

    ReplyDelete

Kenangan Terindah Bersamamu

Sebarang cadangan atau Pertanyaan kepada Admin RMIB

Name:
Email Address:
Contact No:
Comment:
Blog KPAS Anda Harus Kunjungi.

Segala Maklumat Diatas Akan Dirahsiakan Oleh Kelab RMIB

Kami Akan Balas Melalui Email Anda.